Powered By Blogger

Rabu, 27 Julai 2011

Malas updated Vol.2

Minta maaf byk2x...
da lama xupdate blog..sejak baru-baru ini aku terlalu sibuk dengan kerja baru ni..
semenjak-menjak ni aku ditugaskan bahagian aksess mksudnya aku ditugaskan untuk command data2x network,setting line ADSL,Streamyx n Unifi,migration n macam2x lg.....terlalu banyak ker smpaikan xde masa utk update blog aku ni....
nnti kalau ada masa yang betul-betul terluang akan aku mengemaskinikan dan menambahkan perkara2x dalam blogspot ak ni...
BUkan untuk MENGUNDURKAN DIRI..tp masa yang tidak sesuai dlam mengupdatekan blog aku ini
Harap Maklum.....
JUmpa lg d masa yg akan datang jika ada rezeki n umur yang panjang..

ASSALAMUALAIKUM...








How to heal a broken heart:

Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan

'I seek refuge in Allah from feeling unsettled and from

sorrow.'

Ahad, 26 Jun 2011

RENTETAN PERISTIWA

9/6/2011
Akhirnya blik umah di KL ..setelah penat bkursus slama seblan lebih,dapat gak blik bjumpa dengan family ak kecuali adik perempuan aku yang berada d damansara..adeh..

10/6/2011
namun baru smpai Kl da kena gerak ke penang plak.yer la nak tau kawasan kat sana cmner..tp start ari isnin 20/6/2011..sedih lak rasanya baru blik da kena gerak tmpat lain..xper ni sbgai tuntutan kerja mencari rezeki yang halal.Malam tu dlm kol 11 pm ak bertolak dari puduraya ke kulim,sblum tu ini la kali pertama aku jejak kaki di hentian puduraya yang telah siap dibina,sungguh cantik macam kat KLIA lak rasanya dengan sistem kaunter yang teratur namun nak kena beli tingkt 4 lak tapi kedai makan punya la jauh tgkt atas skali tapi lain banggunan lak adeh jenuh nak g sana,jikalau anda pergi anda pasti tau nya hehe..

11/6/2011 
akhirnya smpai jua d kulim kedah lam kol 4 pagi bersama seorang kawan ak,dan aku pun menuumpang rumah kawan aku d sungai bakap,da lama xblik kampung ak di Johor n Melaka namun di sungai bakap ni mengimbau aku seperti d suasana mcam di kampung aku...hehe. pada petang lak kami g round satu kulim n sg bakap tu

12/6/2011
pada tengah hari kami bertolak ke rumah rakan ku yang satu kursus bsama kami di sg dua d seberang jaya.kami panggil bob.sementara menunggu rakan2x aku yang lain yg berada 2 orang berada di pantai timur 1 lgi berada d sg buloh n 1 lagi berada di kedah namun kawan ku yang berada d sg bakap xdpt turut serta sbb beliau mendapat posting di shah alam pula..

13/6/2011
Bermula nya ak bkerja di TM,kami bertolak dlm 9 pelatih  induksi bsama ngan ak ke ibu sawat  TM d butterworth namun setelah mnggu lama kami berpecah kepada 2 gorup lak 4 orang d ibu sawat seberang jaya 4 orang d kedah utk melaporkan diri di peringkat kedua lak.kami berempat yang melporkan diri di seberang jaya terpaksa menunggu skali lagi utk mendapatkan keputusan kemana kami kena campak ekekeke

14/6/2011
macam biasa kami berempat di ibu sawat seberang jaya namun memangkan assit manager bcuti g umrah maka kami terpaksa menganga dlm ofis da macam ayam berak kapur lak..hehehe

15/6/2011
kami dipanggil menghadap bos ibu sawat seberang jaya namun ku pikirkan khabar gembira namun dsebaliknya kerana kami berempat terpaksa bkerja di pulau bukan d seberang pulau dalam surat mengatakan aku dapat bkerja d bukit mertajam namun ak dengan  zul dihantar ke ibu sawat bayan baru manakala bob dhantar ke ibu sawat komtar n firdaus dhantar ke ibu sawat bukit air hitam lak adeh...da la kena cmpak ni kena cmpak lagi..time tu rasa down jer namun memandangkan byk kawan2x ak berada d utara menyokong n support ak supaya kerja,aku cekal keja menjalankan tanggungjawab aku..namun ak bsykur skurang2x nya ak ader rakan2x yang menyokong n mmberi semangat terhadap aku..pas tu ak ngan zul g melaporkan diri di ibu sawat bayan baru.

16/6/2011-17/6/2011
selama aku start keja kami berulang alik dari sg dua ke tmpat masing.Staff d ibu sawat bayan baru so far baik namun xtau per yg terjadi, ak dapat dtugaskan d bilik MDF atau dikenali sebagai bilik meja uji manakala zul dtugaskan sebagai doket dalam restoration streamyx n telefon utk telekom malaysia.

18/6/2011
ak dengan firdaus dpt mencari rumah di bayan lepas n meletakkan beg2x smntara waktu d situ wlaupun jauh skit namun ia memadai sbg tempat berteduh n ak rasa segan gak klu dok lelama d rumah family bob,mereka mmg baik n prihatin terhadap kami n aku tidak dpt melupakan jasa mereka selama ak berada drumah mereka wlaupn seminggu di situ.

19/6/2011
aku dengan firdaus btolak ke rumah sewa kami d bayan lepas,dengan persekitaran perkampungan melayu dengan pelbagai kemudahan walaupun ak tggl d flet namun terasa juga suasana tersebut dengan kuat nya rukun tetangga disitu.

20/6/2011-24/6/2011
kerja je memanjang........

25/6/2011
pg tu ak btolak ke rumah bob d sg dua bosan duduk rumah memandangkan firdaus blik umah sndiri di perak maka dengan kebosanan ak pergi gak rumah bob lepak dsana dorang pun da anggap ak anak angkat ekeke
umah sewa de wireless tp bosan gak ekeke

26/6/2011
ak dsni mengupdatekan blog ak yang telah lama ak tggalkan...hehehe

Jumaat, 10 Jun 2011

Posting kerja

Finally smasa kursus di taiping,kami dapt mengetahui posting keja dmana..n aku dapat posting d Bukit Mertajam Penang....Tudddddiaaaaaaahhhh!!!! lagu tu noh...hehehe jd org penang la ak nanti...dari cheras ke Penang la...
anyway aku bersyukur juga skurang2xnya dapat la aku merasa aku tggl di negeri org ni..janji kat Malaysia...

KURSUS KERJA

Sblum aku start kerja TM,aku perlu menghadiri kursus kerja selama sblan setengah..setelah 2 peringkat interview ak lepasi now ak kena hadiri kursus..
Mula-mula kena kursus kat
TMTC central KL,jalan gurney
 Mula-mula rasa gementar gak yer la ni kali pertama aku kena kursus,selama ni kat lowyat xpnah pun der camni..namun ku gagahi mennempuh cabaran yang baru utk aku..Dsana dlm 29 org mengikuti kursus kerja skali ngan aku..5 perempuan dan 24 lelaki...aku bersama 25 org adalah sbg juruteknik manakala lagi 2 orang sbg jawatan asisstant manager n lagi 2 orang sbg pembantu pegawai teknik..Dsana aku mendapat ramai kawan
G hadiri seminar lam kol 8pg-5ptg..Ptg mcm2x aktiviti buat der yang men futsal der yang on9 or surfing internet n ader gak yang tdo terutamanya aku..heheh aku ni kurang skit minat utk bersukan.^^..sehingga la selama 3 mggu aku dsana...mcm2x pelajaran n sminar aku dapat merasai ilmu n pengalaman...Terima kasih kepada Staf-staff TMTC KL n warga TM terutamanya En Khairul Anuar,En Rozaini n En Zul...
Selepas 3 mggu d KL maka kami pun kena la bertolak ke TMTC Northen Taiping,Perak

TMTC Northen Taiping,Perak
akhirnya smpai juga destinasi kedua dlm kursus kerja aku ni..setelah sekian lama dlm 4 jam aku ngn peserta kawan-kawan aku dari KL...lama gak ek..juga sama aktiviti dsana dimana seminar n belajar dari kol 8pg-5ptg..ari sabtu lak mggu pertama kami ader aktiviti tarik tali,g jeram dkat ngn blakang TMTC taiping bersebelahan bukit larut n malam tu juga kami ader buat barbeque..hehehe...
Mggu kedua la sama juga rutin harian aku selama nie..malm  ari biasa lak ak n certai kawan aku g mencari gerai jual mee udang.ak g kedai mak jah..n ari sabtu lak time tu kami ader aktivit sendiri dimana ak dengan kawan2x aku g zoo taiping berjalan kaki dengan berpandukan GPS dari hanset mmber aku..jauh perjalanan luas permandangan..
Mggu ketiga lak kami macam biasa..ari sabtu lak time tu kami ramai2x selama 10 org g bukit larut..bukan main penat g mendaki bukit larut tp penat berjalan ke bukit larut..sbb dsitu telah dsediakan trek kbukit larut tp jalan tar la utk laluan jip nek ke atas...kami sampai mendaki selama 3 jam lbih n lepak d menara tinjau..memang best gilee woooo...siap leh merasai kenikmatan awan dsitu lbih kurng kat fraser hill..syukur alhamdulillah..setelah sekian lama 3 mggu d taiping maka aku berangkat blik ke KL...
Home sweet home.....Terima kasih kepada staff2x TMTC taiping terutamanya En zaini yg byk membantu..

Setelah sekian lama aku bkursus selama sebulan stgh maka banyak pengalaman yang aku telah perolehi..pelbagai 1001 pengalaman yang telah aku terima...







ni la gamba yg aku upload kan..heheh cari la yg ner satu aku ni..heheh

Starting....

sambungan -------->>> nii..
dari smbungan sblum ini,maka aku menjawab smua persoalan entry sblumnya..
aku telah mendapat tawaran kerja dari Telekom Malaysia sebagai Juruteknik NNO(National Network Operation)..ni da mmg minat aku nk kerja dlm bidang network lgpun aku mmg penah blaja dlm bidang networking kat ILP..^^
Syukur alhamdulillah akhirnya dpat gak pekerjaan yang kukuh..
yer la sebelum ni ak praktikal n kerja terus kat lowyat plaza,Sri Computer Sdn Bhd(tmpat best utk ak kerja)..menjadi sbg jurujual merangkap service hardware PC..
ok stakat ni jer ak nk intro pasal kerja ak kat lowyat sana...nnti aku bgtau detail perkerjaaan ni..

Kembali lagi

Setelah sekian lama aku menyepi diri akhirnya aku muncul kembali..ni bkan nk wat lagu or anything..
Akhirnya dapat juga masa untuk aku menaip d blog ni setelah sekian lama aku menyepi..
dan aku kembali dengan memberi lebih isi-isi yang menarik utk dmuatkan dlm blog aku ni..heheheh..

Selasa, 26 April 2011

Sambungan entry "Dua berita mengembirakan"

Assalamualaikum,ok ni sambungan entry sebelumnya.
Berita kedua lak aku dapat panggilan dari sebuah syarikat ni yang mengatakan aku telah diterima jawatan sebagai ________.Maka dengan itu aku bersyukur kali kedua atas sebab kedua-dua berita ini..Amiiin!!!
Nak tahu lebih selanjut ttg psl jawtn pe,nanti dulu,buat masa ni aku blum bersedia hendak memberitahu or yakin dengan berita ni.Aku tggu surat tawaran.Jadi jika tiada per2x berlaku maka nanti aku akan ceritakan k.Mungkin esok lusa akan di beritahu kelak.

Dua berita mengembirakan...

Assalamualaikum,ok,Arini ari menggembirakan ak..yer la 2 berita lak tue..ok ak critakan per la yg best smpai mengembirkan..namun ak tenang jer...



1. Aku lepas ujian berkomputer...1 kali..namun klu ikut sejarah nya ttg nape ak lmbt amik lesen memandu ni..meh ak ceritakan kmbali..sebenarnya ak da amik lesen memandu ak da 3 kali..waaaaahhh!!! kenapa ekau smpai tigo kali eh amik..!!KENAPA>>>

Firstly.Aku kena tipu ngan satu pasangan ni kat desa tasik.Aku ngan mak aku ni g la kat dorang ni,daftar itu ini,amik,hadiri kursus 5 jam,ujian komputer(pass tapi 2 kali ekkeke).then ujian amali 6jam...pastu da bayar penuh RM 800 skaligus ngn mak aku lam jumlah RM 1600..1-2 kali jer bawak latihan amali skli ngn mak aku gak..last2x dorang ilang, kami kol bila lagi amik ltihan,dorang amik peduli n sikap amik acuh xacuh wat kami kecewa.yer la baru pertama kali kitaorang mengetahui perkara2x camni..then menda ni bia berlalu slama setahun..ak lak mem"bz" ngan kerja ak.ak xkisah dorang nk wat per kat aku,tapi cara kerja biarla berertika,hormati pelanggan, jgnkan smpai duit kami bg xberkat lak.smpaikan insititut dapat terpalit sama.xperla moga2x dorang sedar segala perbuatan yg per pernah wat thdap kitaorang.Kami redha per yang berlaku,aku ngan mak ak xamik port biarkan Qada n Qadar dari ketentuan ilahi yang menentukanNya..

Secondly.Yang ni dengan pasangan len kat sg besi.Aku ngan mak aku amik skali.time tu la kami tau serba sedikit tentang selok belok nak mengambil lesen memandu dari segi apa,dan macam mana,Memandangkan kami da pernah amik smua khursus teori ngan ujian berkomputer,kami hanya wat latihan amali memandu sahaja,sampai trus nak mengambil ujian.Alamak sblm amik ujian ni la aku dapat tawaran belajar kat ILP kuala langat ni.Sblum pergi,aku da amik ujian 1 n 2 tp ujian ke 2 kat jalan raya xlepas terpaksa booking hari lain dan time pas tu la aku da masuk belajar balik.Blaja,blaja,blaja blaja smpaikan aku lupa nak amik blik ujian ke 2 tu.Mak aku da lepas walaupun ujian pertama gagal namun xputus asa amik ari len dan lulus terus n dapat lesen tp aku sibuk dengan blajar smpai la berlalu abis tmat tmpoh lesen memandu..RUGI lak..

Thirdly,skrg ni baru aku baru amik balik d tmpt yg sama masa kat sg besi.Namun aku bersyukur mungkin da smua pkara tu adalah ujian dari ketentuan Ilahi,Aku redha namun aku xpasrah atau mengalah,ak terus berusaha untuk dapatkan lesen pertama aku walaupun pelbagai rintangan melanda.Semuga aku dapat menempuhi.Amiiin!!!










waah panjang lebar aku bercerita...Xper berita kedua kat entry len lak ek yang baru...hehe..TO be continue....


Isnin, 25 April 2011

Drama Juvana

Malam ini aku nak tengok drama Juvana kat tv3..hehehe..
Sinopsis:
JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.
Drama Juvana mempunyai 13 episod semuanya, mengisahkan seorang remaja bernama Daim Yahya yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya. Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun.
Dalam drama ini Raja lakonan Bront Palare akan menjadi watak warden yang jahat, Raja tidak memperdulikan Daim (Zahiril Adzim) yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat. Macam menarik bukan drama Juvana ini, tambahan pula ada Bront dan Beto Khusairay.
Daim kemudiannya mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda ( yang watak jahat dalam Samson Delaila). Cikgu Zakiah ini menjadi baik dalam drama Juvana ini. Dia akan membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan-rakan samseng yang ada di sekolah itu.
Ini serba sedikit aku dapat info kat anda semua.Terdapat pelbagai nilai-nilai murni yang ada dalam drama.Jangan lupa menonton cerita ini setiap hari isnin,9 malam di tv3.Sekian..^^

Berita Harian Online | Rakan blogger

Berita Harian Online | Rakan blogger


Aku ader terbaca paper berita harian td...Terbaca pulak artikel berbunyi macam nie 
"Rakan Blogger:Kerajaan mahu penulis blog bantu bentuk masa depan negara:Najib".....
Tak sangka aku baru buat blog ni..namun Perdana menteri kita tetap memandang tinggi terhadap penulis blogger-blogger d'Malaysia..Teliti dalam pemahaman.

Budak baru belajar...

adeh....da banyak entry aku post baru sekarang nak cakap budak baru belajar...hehe.Entah tiba-tiba terlintas dalam fikiran aku nak sekodeng blog-blog orang lain.Tiba-tiba lak ade mood nak jelajah blog-blog orang lain ^^

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh!!!!! 

Kebanyakan aku tgk blog-blog diorang memang superb...banyak isi.interface yang menarik,smua nya da berdaftar(aku je xberdaftar yerla ak masih baru,budak baru belajar, n nak mendapat pengetahuan dan juga pengalaman sebagi seorang blogger),

Maka sebagai permulaan aku cube mengkaji,mendalami,mempelajari dan memahami isi-isi selok belok tentang menjadi seorang blogger yang membuat blogger-blogger lain mengikuti perkembangan blog aku secara sihat....Aku boleh buat dan berusaha menjadi blogger sejati..walaupun line aku guna ni kadang-kadang lambat..klu tidak boleh on9 kat umah kat Cyber Cafe pun bleh ajer..hehehe..
Jadi jika ada blogger-blogger lain di harap boleh membantu aku dalam bidang ini..Kerjasama anda amat di hargai..

.Terima kasih...!!!!

Malas Updated

sbnarnya ak ni malas tol nk updated..yerla guna berukband kadang lmbt lak...adeh..kdg nk rasa menulis ade kdg2x xder lak..adeh tgk mood gak ni pun ak tulis tiba2x nak menaip lak blog ak nie..ekekekek
so kepada para pembaca jgn marah ek...tuan tanah  ni tgk mood nk mengupdated ekkeekke.

babak tarikh yg terlepas....

22/4/2011
: Aper ada...time ni xder menda ak nk wat......per lagi semayang jumaat jer la..then bis smayg jumaat..g kedai dobi mak aku tlg2x mak ak kat sana per yang patut...

Masjid Al Khasyi'in, Taman Desa Petaling

kedai dobi.


23-24/4/2011
: cam besa xder aktivit ak nk buat duk umah jer la ak..mlm2x ader gak lepak ngn membe tp skjap..ak ni jenis malas nk melepak kat lua..duk umah surfing n men game lg bgus....tgk bola leh mkn2x kt umah...boleh spent time ak ngn family yer la da nk dkt staun kot ak xblik umah der pun skejap n kadang2x..time abis blaja ni la ak der masa terluang ngan family ak nie..lepak kt umah tgk bola ngn ayah borak2x cite pasal bola..yer la satu kepala..der gak borak2x mcm2x cite pasal negara n dunia la ngan mak ak ekkeke..kdg2x wat lawak n happening wahahahahahah....adik lelaki ak adeh 24 jam kuar pg skolah ptg aktivit skan la korikulum,mlm kuar gak g stadi la per la silat la..adeh..mcm2x aktif sgt dia ni..sib bek la skolah dkat n byk kawn kat sini...adik gurl ak..alahai.besa la blaja nurse kt nilai..ade masa dia blik la..kdg klu dia blik ak borak2x ngan dia n sakat dia ekekekeke...


21/4/2011

Ari khamis g jenjalan ngan member aku,syuk. tgk wayang kat MidValley. start kol 1.15...gerak kol 12 ngam2x smpai kol 1 yer la ak kan pengguna setia pengangkutan awam.Nak xnak terpaksa menggunakan kemudahan yang ada bas setengah jam,tren KTM setengah jam,bjalan ke tmpat wayng lam masa 10 minit(ak lelaki jalan laju2x la der,wat pe jln pelan2x cm pgntin)......smpai syuk tggu ak kt sana,per lagi beli snack ngn air masuk dlm tgk cite wayang..filem "Penunggu Istana"...slama  1 jam setengah xsalah ak...pergh bkan mula2x nmpk real last2x adeh masa tgk bleh ader satu part saat genting ader plak ak tgk bayang2x kepala cm xberkenaan lak kat situ,mcm der krew2x dorng je xtau la..xpe nanti klu der org upload cite tu nnti ak bgtau masa part bile time tue..cite cam xlogik jer ak tgk...ak rasa besa2x jer...xper la cite melayu kena la support ak ni nk mengkritik bkn btauliah pn nk kritik filem org,tp memandangkan cite ni uncle seeker punya..rasa mmg ak gemar lak wkakakakakaak.......then pas tu balik umah memasing.....UWAAAAAHHH!!!! bosaaaaaannnnnnnnn...wkakkakaka

 Keretapi Tanah Melayu....adeh pengangkuatan awam ni makin lmbat lak mengikut masa..

Filem "Penunggu Istana"

Khamis, 21 April 2011

terlepas

adeh da 3 ary ak Xupdate blog ak..nampaknya ak kena gak cite utk entry 3 hari sbelum ni..


18/4/2010:
= ak g ilp tmpt lama ak blaja utk..ye la nak mengambil portfolio tahap 3 ngn core ability n juga nak mengambil result aku..ak pergi la berjumpa Pn Azuar pensyarah merangkap ketua bahagian aku..gerak time tengahari sampai pun lam petang time dak2x ILP ader persatuan..ak ni pemalu nak jumpa orang ramai ekeke..tu sbb ak set time nk jumpa PN azuar time xder kelas ekekeke..mcm2x perkara ak borak ngan PN azua,..da amik result adeh trun skit rupanya xper janji CGPA above 3.00 lebih hehe..anyway ak ucapka terima kasih kepada lecturer ak dari sem 1 hingga sem 3 trutama Pn Azua,walaupun kelas sem batch ak di kategori kerek or kurang ajar,namun kami tidak pernah memalukan nama bengkel dan juga ILP pun..bia pape pun fitnah or kata org melanda kelas kami namun kami tetap wat kerja kami n xpernah pun kacau orang....thanks at all..

pas tu time  ak nak balik sempat lagi ak g shopping skejap yer la sok kan ak de inteview..sempat gak beli kasut kerja ngan sluar slack hitam yang xda kelim or lipatan..yer la yang lama ak da de namun sluar tu ada kelim or klip..nampak bebeno cam sluar org tua ekeke..then balik umah smpai2xx kol 8.30 mlm lbh kurang cmtu..


19/4/2010
=uishk xsabar ak utk inteview peringkat kedua kat menara telekom bangsar sana..xsabar punya pasal ak gerak lam kol 10 pg,pergh takut lmbt kan.tp ak turun kat salak south sana kuar wit utk belanja skit2x,amik gamba kat kdai gamba,g CC surfing jap update game ak (Cityville) yer la ak kan pakai berukbond lmbt tol nk kuar page game tu so tpaksa la kt CC namun bkn stakat game ak men,ak de gak wat review or cari bahan ttg TM ner tau der soal pape. lam kol 1 gerak smpai kat stesen KTM tasik selatan,pe punya lembap tren ni smpai lama giler da dkat stgh jam ak tggu,,ak rasa da lewat ni,terpaksa la naik teksi kat situ gak,sib baik sampai sblum kol 2 n xjem bayar tambang rm 13 je..
g kat receptionist tanya dorang tggu sat lam 5 minit,then ak g la tingkat 10.mak aih igt kan rmai tp sikit jer lebh kurang xsmpai lam 30 org pn,smpat gak bkenalan dngn calon-calon kat situ.then nama ak dpanggil lam satu grup ade 5 org,smua hebat2x blaka dorang pun der sijil kemahiran gak cm ak tp lbih tggi..huish rndah diri ak ekeke..penemuduga ramai  lak lam 5 org gak hehe igtkan tanya macam2x tp perkenalkan diri then borak skit setel laaaa sonang jer inteview cmni ekekekek..tp xper skurang2x nya ak dpt gk lepas inteview peringkat kedua alhamdulillah syukur...terima kasih kepada my mum always bagi nasihat n kuat kan semangat den ni ha..heheh..n juga 1 my friend alwys sokong n wat pom pom gurl at me heheh...

Namun ak bersyukur dapat lepas interview,klu dapat itu da rezeki aku n bersyukur,
Klu xdapat aku bersyukur juga..setiap rezeki dkententuan Ilahi,rezeki berada dmana-mana.



20/4/2010
=memandangkan my mum cuti so ak temankan mak aku g pasar heheh..pepagi lg mak ak da kejut nak ikt x ekke,,ak pe lagi memandangkan ak busan duk umah so gerak lam kol 10 cmtu g stesen minyak pam tayar hehe mcm ragam2x time 2..emak2x lawak lak time nk mengisi pam tayar td eh omak nya,..then g mahajaya bayar bil sewa n maintainance(btul x ak ejaan nie hehe) kedai mak aku,then gerak g sg besi toman mak den ni g beli barang kedai per yg patut nak tambah kan stok kedai omak den nie..smbil menggu sompat laie ak pekena cendol kat tpi pejabt pos sana n bleh la bli lagi 3 cendol pulut bungkus bawak blik umah. da settel smua mak den beli barg tlg la angkt brang xkan nak menengok je kot..xelok tu.pas tu balik umah adeh sompat lai mak den nk g giant kat tmpt den desa petaling ni ha,ntahler nak beli barg lg..xpe tggu je la lm keta sorg2x nk ikt mak den kato alah skjap je beli ni..pas tu balik la umah hehehe..

Ahad, 17 April 2011

Tengok bola pagi2x buta kat TV

wahaha...aduyai nape la xleh tdo..sedap2x surfing last2x tgk da pukul 4 pagi rupanya..ishk2x..
da la  bosan kdg2x...sib bek la membe ak inform de game pg nie..pe lagi tgk game bola la
Barcelona VS Real Madrid..........besh2x !!!!!

gamba drang tgk bola paka cermin mata 3D dasyhat tue!!!

Fair Jobcenter kat Mid Valley

Perghh...memandangkan ak masih tercari-cari kerja tetap bg ku..ak melangkah gak kaki ke Mid valley
tingkat atas hall sana..aku pergi dalam pukul 10.30 smpai lam kol 10.50 naik teksi...hehehe sbb ak da lambat time tua aku da janji dengan member aku sorang nie(syuk) janji lam kol 10 lbih smpai last dia datang lambat...
cittt poodaaahhh!!!...
Perghh time ak g mmg xramai sgt time balik punya la ramai sesak,sib bek la ak balik dalam kol 3.30 ak kuar dari fair kat situ..
lepas satu booth n satu booth ak pergi mmg ade gak bidang yang ada sangkut paut ngan aku dalam bahagian technician PC or IT support...pas 1 resume n 1 resume ak hantar...mcm tmpt ak beri resume or CV kat company len2x....
Aku harap yang aku hantar ni dapat la...kalau dapat aku bersyukur pada tuhan kalau xdapat xper la bukan rezeki aku,aku redha dengan ketentuan tuhan...
balik....ajak syuk g makan restoran chicken rice shop..mula2x igtkan nak makan kat KFC tp penuh pulak then cadang nak g food court jerla tapi lalu lak depan restoran chicken rice shop pe lagi masuk jer la...harga pun berpatutan gak utk set 2 org xsmpai RM 50 pun byk gak variety menu diorang bg..habis kekenyangan aku...
then kitaorang berpisah n balik reban masing2x.wahahaha...

 Pinjam gamba jap..
Pas g Job Fair...G makan kat Chicken RIce Shop 

Jumaat, 15 April 2011

Cara lelaki menguji wanita... ( hakhak..baca2 jgn tak baca..)

Cara lelaki menguji wanita...
 

Lelaki... walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.

Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.

Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.

Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

1.Adakah si dia materialistik? Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:

Memberi hadiah murah

Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.

Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.

Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.

Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2.Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu.
Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan
cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji
dengan cara ini:

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya.

Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.

Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3.Hubungan bekas teman lelaki. Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu
dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta
kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:

Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.

Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.

4.Mengukur tahap kesetiaan. Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:

Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.


********************

Tips Bila Org Pompuan Tengah Hangen ( jumpe dlm internet..hakhak..)

Bila pompuan tengah marah marah
Lebih baik lelaki buat tak endah
Sebab kalau jawab pun tadak faedah
Kerana pompuan takkan mudah mengalah

Bila pompuan tengah naik hangin
Baik lelaki jangan ambik pusing
Kerana jika lelaki turut sama melenting
Pompuan akan bertambah bising bising

Bila pompuan marah marah lagi
Lebih baik lelaki diamkan diri
Sebab kalau lelaki turut sama berkelahi
Pompuan akan bertambah marah sampai tak sedar diri

Bila pompuan masih dok sakit hati
Baik lelaki pujuk dengan muka manis berseri
Kerana silap pujuk pompuan akan bertambah benci
Alamatnya jenuh la lelaki dok makan hati

Bila pompuan tengah dok berang berang
Baik lelaki jangan dok cakap sebarang
Lagipun masa inilah lelaki ada peluang
Tengok pompuan dah jadi tak macam orang

Buat semua kaum lelaki di luar sana
Sila tumpukan perhatian anda
Sebab ini adalah fakta benar lagi nyata
Kalau bergaduh ngan pompuan, lelaki takkan menang punya!



*******


p/s : hehehehe..mcm nie punyer tips pon ader ke....

Khamis, 14 April 2011

Teringat..

Dulu aku mempunyai seorang kekasih dimana aku banyak buat pergorbanan telah aku laburkan terhadap dia,dari segi wang,masa,tenaga,emosi,orang sekeliling dan sebagainya.Kenangan bersama dengan dia memang banyak.
Namun dari hari ke hari lama kelamaan dia mulai bosan dan aku pun xtau,aku cuba untuk membahagiakan dia dalam pelbagai cara namun pelbagai alasan dia berikan untuk menjauhkan aku...
namun aku besabar tapi kesabaran pun ada hadnya sampai bila aku jadi kambing hitam untuk..walau seteruk mana perangai dia namun aku tetap menerima seadaanya tapi sayang ada sesetengah dia xamik tau..
Pelbagai pahit dan manis aku telan,yelah kalau da sayang seseorang apa pun bleh jadi...
aku terlalu sayangkan dia.terlalu mencintai dia,aku terima apa yang seadanya..aku bukan nak mengkongkong dia atau tidak bagi kebebasan namun aku cuba elakkan dia dari terpengaruh atau berubah jadi lain.
Aku xkisah dia nak bkawan dengan sesapa pun dia nak terutamanya lelaki,namun biarla berpada-pada jangan sampaikan org yang bekawan(lelaki) dengan dia ada niat lain sampaikan mereka ada feeling dengan dia,Ungkapan "SAYANG" senang dari mulut dbibir, dengan aku cakap sayang dengan orang lain pun dia cakap sayang..come on la sepatutnya dia boleh bezakan antara kawan dan kekasih.sedih aku.
Aku xbleh terima la kalau dia camtu..dia pernah cakap kat aku " saya mmg suka kalau ada orang lain smua sayangkan saya,saya mmg suka camni" "awal-awal lagi saya cakap ngan dia kawan je xsuruh dia pun sayangkan saya" ..pe ni dialog pertama awak cakap cakap nie tapi dialog yang kedua awak cakap lain..tu hiprokit namanya..aduh 
aku tau umur dia muda lagi hendakkan kebebasan namun dia boleh berfikir mana yang baik dan buruk dalam menjaga sesebuah perhubungan,jgan kan time muda dia rasa diri dia senang,mudah,bleh wat sesuka hati terhadap aku namun dia tidak sedar kehidupan ini macam putaran roda ada kala kita di atas kadangkala kita dibawah.aku takut suatu hari nanti dia kena balik apa yang pernah dia buat kat aku masa dalam perhubungan dulu mungkin bukan berpasangan dengan aku,mungkin dia dengan orang lain..aku bukan bdendam tapi dia kena la ingat balik kenapa dia wat aku camni.apa salah aku!! aku tidak pernah nak curang n wat menda yg bukan2x d luar pengetahuan dia..
sedih sgt2x...tapi xper la klu dia mcm ni..harap dia sedar pe yang dia wat nie..insafla..fikirkan perasaan orang yang terlalu menyanyangi dia dan pernah jadi kekasih aty dia nie..

Rahsia Kenapa Yahudi bijak !

Awal2x lagi aku beritahu..artikel ni aku amik dari http://ustazmoden.wordpress.com/2010/03/16/rahsia-kenapa-yahudi-bijak/..jadi sebagai panduan untuk para pembaca lagi elok kalau aku review kat blog aku,supaya ia juga memudahkan aku menilai dan panduan bagi aku dan juga para pembaca..

Sebenarnya banyak kaedah dan cara pemakanan yang dibuat oleh bangsa Yahudi bersumberkan ajaran Islam.Contohnya mereka mengamalkan makan sebelum malam.

Islam juga mengajar kita makan ketika maghrib apabila berpuasa. Ia contoh waktu yang tepat untuk menikmati makan malam agar perut tidak terlalu penuh hingga menyukarkan kita melakukan ibadat atau membaca di waktu malam.

Namun kaum Yahudi ini mengetahui kebenaran Islam tetapi sayang sekali mereka tidak menerima Keesaan Allah walaupun percaya kepada apa yang diturunkan Allah kepada kita melalui Nabi Muhammad s.a.w. Kelak mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka atas balasan kekufuran mereka.

Namun ramai kalangan kita percaya kepada Allah namun gagal mencontohi sunnah Nabi serta para sahabat hingga kita menyalahkan agama apabila perkata tidak baik berlaku. Walhal Nabi s.a.w telah meninggalkan ajaran yang lengkap kepada semua manusia beragama Islam untuk dijadikan panduan.

Sedangkan kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempelajari cara hidup yang diajar oleh Nabi serta mengikutinya sepenuh hati dalam kehidupan seharian.

Bukankah Nabi itu junjungan mulia dan tidak bercakap atau bergerak kecuali mengikut perintah Maha Esa ?

Silakan baca dan ambillah pengajaran yang baik di dalamnya.

Yang terbaik ialah sunnah Nabi kita s.a.w.

bahan ini saya salin dari blog http://www.bisikanhati.com/2009/01/kenapa-yahudi-bijak.html

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”

Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau
seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau
membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan
otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja. Jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,
ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami
pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).

Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah -buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan
negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi
ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!

Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya
negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera
terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg
bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai. Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Liga UEFA Champion League 2010/11

Skrang ni musim Liga Champion Europe jadi mmg hangat perlawanan untuk separuh masa ini dengan 8 team  pasukan eropah bertanding buat masa ini..
=Real Madrid,Barcelona,Manchester United,Chelsea,Tottenham Hotspur,Shakhtar Donetsk,Schalke dan Inter Milan.
Dalam banyak-banyak team,team kesukaan aku
Real Madrid..
sebab ape ak minat team ni..hehehe,aku minat gle time zaman kegemilangan Zinneade Zidane,n 3 trio dari Brazil iaitu Ronaldo,Roberto Carlos dan Rivaldo.
Sejak dari itu ak minat team ni selain  Arsenal pasukan keutamaan yang aku minat..
Harap-harap team Real Madrid layak ke final...
**Updated: Separuh akhir : MU vs Schalke dan Real Madrid vs Barcelona.........REAL MADRID mesti menang.......berentap ngan MU wahahahhaa...





PASUKAN KEGEMARAN AKU.....REAL MADRID..!!!!

 


Permulaan...

Permulaan...
Dalam kehidupan mesti ada permulaan..
tidak kira untuk mewujudkan perhubungan atau memulakan suatu yang baik juga memerlukan permulaan..
Dengan teknologi yang berkembang semakin pantas mengikut peredaran masa menjadikan pasaran blog semakin luas  dan juga berkembang. 
Aku pun teringin gak nak  wat blog tapi komitmen aku tiada masa itu...
Jadi sebagai permulaan bagi orang baru dalam bidang ni aku membina sebuah blog ini sebagai nukilan bagi aku,
Diharap para pembaca diluar mberi tunjuk ajar terhadap diri aku yang naif ni.